Harakahdaily |

KUALA LUMPUR, 1 Sept: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor membidas laporan Utusan Malaysia baru-baru ini yang mendakwa pengerusinya Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard sebagai penakut kerana tidak melaporkan isu pembelian cincin berharga RM24.45 juta oleh Rosmah Mansor kepada SPRM.
Penyelaras SAMM Johor, Ahmad Anwar Asyraf Ismail berkata, akhbar Umno itu cuba untuk mengelirukan orang-orang Melayu di kampung-kampung yang tidak mempunyai akses internet apabila sengaja menerbitkan kenyataan dari Anuar Shaari dengan membayangkan seolah-olah CheguBard seorang penakut yang tidak berani untuk melaporkan isu cincin ini kepada SPRM.
Sedangkan katanya CheguBard melalui Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah pun membuat satu laporan SPRM pada 13 Julai 2011 lagi tetapi disenyapkan media arus perdana.
"SAMM Negeri Johor sangat kesal dengan laporan Utusan Malaysia yang seolah-olah seperti "pencuri di siang hari," katanya.
Sebagai sebuah akhbar yang sepatutnya memainkan tanggungjawab sosial membentuk fikrah masyarakat, sikap Utusan Malaysia yang tanpa segan silu terus menyebarkan berita yang tidak benar itu wajar dikecam.
Beliau yakin tindakan itu semata-mata untuk menutup pekung di dada pemerintah negara apatah lagi dalam keadaan negara sedang menyambut hari raya Aidilfitri dan ulangtahun kemerdekaan.
"Adakah Utusan Malaysia hari ini merupakan pengkagum Joseph Goebbels, Menteri Propaganda Hitler yang terkenal dengan prinsip “The Big Lie” iaitu satu prinsip yang menyatakan bahawa sesuatu fitnah, jika diulang berkali-kali dengan lantang, akan dipercayai rakyat jelata.
"Sesuatu yang amat dahsyat, disebalik 54 tahun kemerdekaan tanahair dan kredibilitinya yang ditubuhkan pada tahun 1939 dengan hasrat asal untuk membangkitkan pendapat penduduk Tanah Melayu terhadappenjajah British, namun kini Utusan Malaysia seolah-olah hilang jatidiri dalam membentuk fikrah rakyat khususnya masyarakat Melayu," katanya lagi.
CheguBard sebelum ini ada mendedahkan maklumat yang diterima SAMM pada 16 April lalu, berlian yang dikenali sebagai “Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Beliau yang juga Ketua PKR Rembau itu turut mendesak supaya Rosmah memberi penjelasan sumber wang yang dibelanjakannya untuk membeli cincin tersebut.
Bagaimanapun, Rosmah pada Julai lalu menyifatkan dakwaan yang mengaitkannya sebagai satu fitnah dan beliau tiada masa mahu melayan perkara itu.
CheguBard dalam blognya sebelum ini juga menegaskan, beliau tidak menuduh sesiapa dalam dakwaannya itu, tetapi kewujudan borang kemasukan cincin itu dengan jelas tertera nama “orang yang menyamar wanita pertama negara.”
Justeru kata beliau, Rosmah perlu membuat penjelasan.
|
KUALA TERENGGANU, 1 Sept: PAS mensasarkan untuk menang di 60 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang, kata Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
"Strategi 2008, kita nak menang negeri dan kita telah berjaya tadbir tiga negeri. Kali ini disamping nak menang negeri, kita nak tambah kerusi Parlimen," kata beliau di hadapan kira-kira 500 anak perantauan Terengganu.
Majlis perjumpaan Hari Raya ini diadakan di Dewan Datuk Wan Mutalib, Komplek PAS Kuala Terengganu.
Turut menyertai majlis itu adalah pimpinan PAS Terengganu yang dipimpin pesuruhjayanya Mohamad Abdul Wahid Endut.
Seluruh penyokong PAS yang pulang bereya di Terengganu berkumpul di situ bersama keluarga masing-masing.
Di samping menyediakan juadah raya, kanak-kanak diberikan duit raya yang disampaikan oleh Abdul Wahid.
Dalam pilihan raya umum 2008, pemimpin PAS menjadi pemimpin tiga negeri iaitu Kelantan, Kedah dan Perak namun Perak jatuh kembali apabila dirampas melalui pembelian tiga Adun Pakatan.
Untuk pilihan raya akan datang, kata Abdul Hadi, PAS mensasarkan untuk mengambil 25 daripada 75 kerusi yang dimiliki oleh Umno sekarang.
"Kita yakin, jika kita mendapat 60 kerusi, sokongan seluruh masyarakat negara akan berpaling kepada PAS dan Pakatan dari Umno dan BN sekarang," katanya.
Dalam usaha untuk mendapat kerusi itu, PAS katanya memerlukan sokongan pengundi Islam dan Melayu sebagai teras.
"Kalau nak undi -slam kena fahami hati budi Melayu melalui pendekatandakwah, budi perkerti dan pujukan...saya yakin mereka boleh berubah.
"Perlu ambil masa, sabar..pujuk mereka.. Perkenal Islam melalui contoh yang baik. Misalnya bila tidak ada seorang pun wakil rakyat PAS yang boleh dibeli, orang bukan Islam beri sokongan kepada kitan," kata Abdul Hadi.
Lim Kit Siang |
August 29, 2011

Aug 29: Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin to all Muslims in Malaysia.
The coinciding of Hari Raya Aidilfitri, the 54th National Day and the 48th Malaysia Day should be a special triple occasion of joy and celebrations for all Malaysians.
It must be a matter of concern to all Malaysians, however, that this is not the case with the recent irresponsible and incessant ramping-up and incitement of race and religious hatred and tensions through baseless and incendiary allegations by certain media.
A call must urgently go out to all Muslim and non-Muslim Malaysians to dedicate themselves to promote the values of justice, freedom, love and compassion on the triple occasion of Hari Raya Aidilfitri, 54th National Day and 48th Malaysia Day – values which are common to all the great religions which have found a home in the country.
Whether we are Malays, Chinese, Indians, Kadazans, Ibans or Orang Asli, whether Muslims, Buddhists, Christians, Hindus, Taoists or Sikhs, let us unite as one Malaysian people first and last to give real meaning to the triple occasion of Hari Raya Aidilfitri, the 54th National Day and 48th Malaysia Day.
|
 |
Asy-Syahid Al-Imam Hassan al-Banna (Pengasas Ikhwanul Muslimun di Mesir) |
1. Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal. Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap. Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal. Medan berjihad yang hakiki tidak sama dengan medan jihad yang palsu.
2. Sesiapa dikalangan kamu yang terlalu cepat mahu mengutip hasil sebelum tempoh matang atau memetik bunga sebelum sampai masanya maka saya tidak akan bersetuju dengannya sama sekali. Lebih baik dia berundur daripada da'wah ini( Ikhwan Muslimin ) kepada gerakan lain. Sesiapa yang mampu bersabar dengan benih tadi berkembang, tumbuh sebagai pokok, mengeluarkan buah yang lebih baik dan tiba masa untuk memetiknya maka kesabarannya akan diberikan ganjarannya oleh Allah SWT. Kita akan memperolehi salah satu daripada ganjaran oleh Allah. Kita akan memperolehi salah satu daripada ganjaran berikut iaitu kemenangan dan ketuanan atau mati syahid dan kebahagian yang abadi.
Pada ketika rakyat Mesir terus menerus berjuang melawan pemerintah Hosni Mubarak, pemerintah dan Raja di negara-negara Timur Tengah yang lain berada di dalam kebimbangan.
Mungkin ada yang mula menghantar harta dan wang simpanan mereka ke luar negara. Mereka pasti sedar bahawa tiada kerajaan atau pemerintahan yang mampu kekal selamanya.
Apakah “Teori Domino” bakal berlaku di Timur Tengah? Yang palingmenarik adalah sikap Amerika Syarikat yang berubah seperti lalang ditiup angin. Seluruh dunia mengetahui bahawa Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah merupakan sekutu rapat Hosni Mubarak.
Hari ini apabila kebangkitan rakyat Mesir tidak dapat dihentikan, kenyataan daripada Amerika Syarikat berhubung dengan Mesir berubah. Sekarang Amerika Syarikat telah mula bercakap soal pemerintahan transisi di Mesir yang lebih demokratik.
Jika Amerika Syarikat benar-benar mahukan demokrasi di Timur Tengah, mengapa selama ini mereka hanya membisu? Mengapa pula mereka tidak pernah berkata apa-apa mengenai kerajaan Saud di Arab Saudi? Apakah ada demokrasi dan hak asasi manusia di Arab Saudi?
Jika benar-benar teori domino bakal berlaku di Timur Tengah selepas regim Hosni Mubarak jatuh, sinar dan harapan baru akan muncul di Timur Tengah. Pada ketika itu, dunia bakal menyaksikan Timur Tengah yang baru bakal muncul.
Masih belum kedengaran dari kerajaan Malaysia berkenaan dengan kebangkitan rakyat di Mesir selain dari usaha untuk menyelamatkan pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di sana.
Kepada pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di Mesir, sebelum anda dihantar pulang, saksikanlah sejarah besar yang berlaku di negara tersebut.
Sebagai mahasiswa menjadi tanggungjawab anda untuk peka kepada keadaan sekeliling. Pelajarilah bagaimana dan mengapa rakyat Mesir sanggup mengorbankan nyawa untuk revolusi!
Misi terpenting kedatangan Islam ialah untuk menghapuskan kepatuhan dan ketuanan berasaskan bangsa dan warna kulit dan menggantikan dengan ketuanan berasaskan keimanan dan ketaqwaan.
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz NIk Mat berkata perkara ini perlu difahami oleh semua pihak sama ada mereka dari kalangan umat Islam mahupun dari kalangan bukan Islam.
"Dalam konsep kepimpinan, baginda Nabi s.a.w mengajar supaya mereka yang dipimpin wajib patuh kepada pemimpin walaupun pemimpin itu seorang hamba berkulit hitam," kata beliau ketika berucap di majlis perhimpunan bulanan penjawat awam di Kota Darulnaim pagi ini.
Dalam masyarakat Arab jahiliyyah kata beliau, bangsa kulit hitam yang berasal dari Habsyah (Afrika) amat dipandang hina kerana mereka adalah golongan hamba abdi yang tiada sebarang hak malah boleh di jual beli.
"Rasulullah s.a.w. sengaja menggunakan kiasan ini untuk menunjukkan Islam membawa misi pembebasan fikiran yang dibawa oleh Islam supaya pengagungan bangsa dihapuskan. Mana-mana pihak yang terus berbincang berkenaan ketuanan bangsa segera menghentikan amalan buruk itu kerana ia bukan sekadar bertentangan dengan konsep hak asasi manusia malah sesuatu yang bercanggah dengan Islam."
"Di akhirat kita semua akan hanya terbahagi tiga iaitu mereka yang beriman, orang munafik dan golongan kuffar. Tidak akan ada soalan tentang bangsa, warna kulit, dan keturunan di akhirat nanti melainkan tiga kumpulan ini sahaja."
"Mereka yang meninggalkan aqidah yang jadi simpulan pegangan kaum mukminin dengan memilih nasionalis dan ideologi ciptaan manusia lain akan menerima padah di akhirat di samping mereka akan menjadi permainan pihak lain di dunia ini," tegasnya lagi.